PENAMPILAN penyanyi terkenal Indonesia Krisdayanti menziarahi pusara Allahyarham bapanya menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Mana tidaknya, penyanyi berkenaan dilihat mengenakan baju berona putih berlengan pendek selain tidak bertudung.
Dalam foto tersebut, Krisdayanti sempat menabur bunga dan bergambar bersama batu nisan kubur bapanya.
Krisdayanti sempat bergambar bersama penduduk kampung.
Apa lebih membuatkan netizen bengang, kehadiran penyanyi lagu Menghitung Hari itu sebagai salah satu kempen selepas namanya tercalon sebagai Datuk Bandar dalam Pemilihan Ketua Daerah Indonesia 2024 (Pilkida 2024).
Netizen mempersoalkan tindakannya bergambar di tepi pusara kononnya mahu meminta restu daripada arwah bapanya.
Pemakaian kurang sopan dan tidak menutup aurat juga kata netizen sudah cukup jelas kehadirannya hanya sekadar meraih simpati.
“Niat ziarah hanya untuk ambil gambar dan sebab itu tidak bertudung.
ARTIKEL BERKAITAN: Krisdayanti buat pusingan U, kembali bertanding rebut jawatan Datuk Bandar selepas umum tarik diri
ARTIKEL BERKAITAN: Krisdayanti mengaku beberapa kali buat pembedahan plastik demi cantik di mata suami
“Sepatutnya tutuplah aurat dan bukannya biarkan lengan dan kepala terbuka.
“Apalah tujuan minta ‘restu’ pada orang yang sudah tiada? Ajaran mana dia pakai ni?,” komen netizen.
Untuk rekod, Krisdayanti pernah dilantik sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPRRI) daerah Malang Raya pada 2019.