Misha Omar bangga kemenangan Ernie Zakri di Indonesia… “Akhirnya ada duta baru untuk industri muzik kita”

PENYANYI Misha Omar meluahkan rasa bangga dengan kejayaan diperoleh Ernie Zakri di Anugerah SCTV 2024 yangberlangsung di Jakarta, Indonesia pada malam Rabu.

Menyifatkan Ernie sebagai duta baharu negara, Misha atau Samihah @ Aishah Omar, 42, berkata penyanyi itu memiliki bakatbesar dan mampu melangkah lebih jauh dalam bidang seni.”Tahniah Ernie, kak Mitch (panggilan Misha) bangga dengan awak. Hati saya tersenyum berbunga-bunga tengok gambar ni.

“Saya sangat gembira, akhirnya ada duta baru untuk industri muzik kita yang kecil comel orangnya tapi punya suara dan jiwabesar,” katanya.Misha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory pada Khamis.Dalam pada itu, Misha berharap kemenangan itu juga dapat menjadi asbab untuk menarik lebih ramai peminat di Indonesiabagi menghayati karya muzik dari Malaysia.

Misha turut mendoakan kejayaan Ernie untuk lebih bersinar di persada muzik Malaysia dan seluruh Asia.”Mudah-mudahan ini juga penggerak untuk mengajak pendengar dari seberang (Indonesia) untuk dengar juga katalog muzikpenyanyi-penyanyi negara kita yang lain.”Semoga terus mengukir nama di persada muzik Malaysia dan Asia. Saya sayang awak,” ujarnya.Pada Rabu, lagu nyanyian Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, bersama komposer terkenal Indonesia, Ade Govindaberjudul Masing-Masing dinobatkan sebagai pemenang kategori Sountrack Sinetron Paling Ngetop (OST) di Anugerah SCTV2024 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.

 

Ernie menyifatkan kemenangan yang diraih itu sebagai satu kenangan indah dan kejayaan buat peminat yang sentiasamemberikan sokongan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *