5 Spesis Pokok Ini Sering Jadi Tumpuan Makhluk Halus, Kongsi Si Penggali Kubur

Tempat tinggal manusia sudah tentunya di rumah. Tapi korang tahu tak di mana makhluk halus tinggal?

Ramai yang kata rumah kosong atau lama ditinggalkan antara tempat disukai oleh makhluk halus ini. Selain itu biasanya mereka membentuk komuniti di muara sungai, kuala laut,  gunung-ganang, hutan tebal, tanah perkuburan termasuklah di pokok-pokok besar.

Muara sungai menjadi tempat kesukaan makhluk halus menetap – Gambar sumber internet

Tahu tak, ada lima spesis pokok menjadi kegemaran makhluk misteri ini “melepak” atau bertenggek. Awas bila lalu di tepinya. Cuba semak pokok manakah yang berdekatan dengan tempat tinggal korang dan pernah tak  alami kejadian misteri bila lalu di bawahnya?

Bacakan juga perkongsian dari Pak Din, 79 tahun yang pernah mendirikan rumah di bawah pokok pulai selama enam tahun hingga lekat gelarannya dengan panggilan Pak Din Pulai. Beliau yang juga seorang penggali kubur di Bukit Kerinchi C2, Pantai Dalam  berkongsi mengenai spesis-spesis pokok yang sering menjadi tumpuan makhluk halus menenggek.

1. Pokok Pulai

Pokok Pulai yang tumbuh di tanah perkuburan Islam Bukit Kerinchi C2

Pokok ini boleh hidup lebih dari 100 tahun. Yang ada di tanah perkuburan tempatnya menggali sekarang sebanyak tiga batang dan berusia lebih 100 tahun. Kiranya sejarah Pantai Dalam  lebih kurang sama dengan “nyawa” pokok pulai ini.

Ada lubang yang kekal misteri di pangkalnya. Lubang itu mampu tembus pandang dari arah hadapan, seperti dikorek di batangnya yang tegak tinggi. Bila pembakaran sampah dilakukan, asapnya  naik hingga ke puncak. Misterikan!

Lubang di pangkal pokok pulai ini mencetuskan pertanyaan- Pak Din

Tidak seperti pokok lain perlu ditanam, pokok pulai tidak tumbuh sembarangan tempat ya. Dalam hutan tak ada sama sekali. Ia banyak dijumpai di tanah-tanah perkuburan sahaja.

Ads

Dengan ketinggian lebih 30 kaki hingga pihak Bomba pernah menolak untuk menebangnya, kata Pak Din, ada orang kampung pernah terlibat kuda putih terbang melintasi puncak pokok ini.

“Saya tak diberi keizinan melihat. Tapi kalau mereka menipu, tipulah juga saya. Tapi seperti dihebohkan, begitulah,” katanya yang punya banyak pengalaman hidup.

Kalau pokok beringin menjadi lokasi hantu suka bertenggek, pokok pulai ini khabarnya hanya disukai jin Islam sahaja.

“Pernah satu kejadian zaman dahulu, ada anak jiran yang mahu membuang air kecil di pangkal pokok. Namun dia terpandang  lelaki tua berjanggut panjang di hadapannya. Ada juga mereka terjumpa lelaki berserban. Kata orang mereka itu jin islam dan tak suka pada kekotoran. Sebab itulah bila ada yang ingin buang air besar atau kecil di pangkalnya, makhluk ini memunculkan diri.

Sama seperti spesis pokok lain, pokok pulai akan berdaun, berbuah dan berbunga.

“Bila daun gugur, maka pokok akan mulai berbuah diikuti berbunga. Burung-burung suka makan buahnya yang panjang-panjang itu. Buahnya kelihatan seperti kacang botol nipis,” katanya sambil menunjukkan pangkal pokok yang tembus pandang itu.

2. Pokok Beringin

Sebagai orang lama yang punyai banyak pengalaman ditambah tugasnya sebagai penggali kubur, kata Pak Din, pokok beringin sangat disukai oleh spesis hantu Pontianak. Kata orang, akar-akar pokok beringin ini menjadi “mainan buaian” kepada Cik Ponti ini yang menanti untuk menyakat orang yang lalu lalang di kawasan sekitarnya.

Cik Ponti sukakan menetap di pokok Beringin – Gambar sumber internet

Pokok beringin memang banyak ditanam di negara kita. Paling banyak di tepi Muzium Negara di ibu kota kerana ia mampu meneduhkan kawasan. Ada yang besar tetapi banyak juga telah ditut untuk mencantikkan kawasan di tepi-tepi jalan.

Nak kenal pokok ini pun mudah saja. Akarnya kelihatan berjuntai-juntai hingga ke tanah. Nak tanam pun mudah, ambil dahannya sedikit, cucuk di tanah. Biarkan begitu saja. Selepas tu, pokok ini akan membesar dengan sendiri tanpa perlu dibaja. Tapi kalau korang takut terserempak Cik Ponti menyanyi-nyanyi, abaikan sajalah tanaman ini ya.

3. Pokok Ara

Spesis pokok ini disebut juga sebagai ficus merupakan genus untuk kira-kira 800 spesis pokok berkayu, pokok renek dan pokok menjalar dalam family Moraceae.

Tahu tak, pokok ara ini biasa jadi tempat pemujaan orang nak minta nombor ekor, tempat buang saka, pemujaan dan banyak lagi. Tak tahulah kalau ada yang cuba buang anak di sini.

Pokok Ara menjadi “penginapan tetap” makhluk halus- Gambar sumber internet

Sebab itulah, hantu jenis langsuir, Pontianak dan hantu tinggi sering menjadikan pokok Ara sebagai rumah mereka

4. Pokok Bunga Cempaka

Michelia alba atau lebih dikenali dengan nama Cempaka putih adalah sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter. Cempaka memiliki tiga spesis dengan warna bunga yang berbeza iaitu warna putih, warna kuning dan warna merah. Daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin.

Ini bunga cempaka putih yang menarik kehadiran tuan puteri jelita

Pokok bunga Cempaka ini biasanya dikaitkan dengan kehadiran tuan puteri yang cantik jelita, Tuan Puteri Cempaka Sari yang  berpakaian serba putih labuh menutup kaki. Kehadirannya dapat dikesan dengan bau semerbak wangi. Jadi kalau terhidu, kompom bulu roma tegak berdiri.

Pokok cempaka kuning yang tumbuh meliar di hutan

5. Pokok Harum Sundal Malam

Awas jangan terpedaya dengan wanita berwajah cantik, berambut panjang  hingga ke pinggang. Senyumannya manis sangat memikat hati. Tapi kalau pandang ke bawah, anda akan dapati, tubuhnya di awang-awangan tanpa kaki. Itulah Cik Pontianak yang suka mendekati Pokok Harum Sundal Malam.

Bunga harum sundal malam yang wangi menarik perhatian Cik Ponti – pix sumber internet

So hati-hatilah ya. Bukan nak takut-takutkan tapi kena terserempak, paling penting jangan lupa sebut nama Allah!

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *