Rashidi Ishak komen nyanyian Fazura, cadang pengurus cari guru vokal… “Dia tone deaf”

KRITIKAN terhadap nyanyian Nur Fazura bukan sahaja menjadi bualan netizen, malah turut menarik perhatian rakan selebritiantaranya pelakon Rashidi Ishak.Terpanggil untuk menulis komen mengenai persembahan aktres berkenaan, Rashidi, 51, mencadangkan pengurus Fazuramencarikan guru vokal bagi membantu nyanyian bekas isteri Fattah Amin itu.”Saya melihat nyanyian Fazura dalam sebuah rancangan di Jakarta.

“Pengurus Fazura perlu memberitahunya untuk mendapatkan jurulatih vokal. Dia tone deaf.”Genre balada bukan mudah untuk dinyanyikan. Apatah lagi lenggok Melayu,” katanya menerusi hantaran di Threads padapagi Rabu.Sementara itu, Rashidi berkata ilmu nyanyian boleh dipelajari dan setiap orang memerlukan masa untuk menjadi seorangpenyanyi hebat.Malah dia yakin jika Fazura berlatih dengan bersungguh-sungguh, aktres itu mampu menyanyi dengan lebih baik.

“Nyanyian boleh dipelajari. Nyanyian hebat memerlukan masa untuk berlatih.”Tanya mana-mana penyanyi. Jaclyn Victor berkata semasa dia masih muda dia berlatih menyanyi lapan jam sehari atausebagainya.”Jadi saya yakin Fazura boleh. Sama ada dia mahu atau tidak, itu terpulang padanya,” jelasnya.Pada Selasa, Fazura membuat penampilan sulung selepas bercerai dengan aktor Fattah Amin pada 7 Oktober lalu dalamsebuah program bual bicara di Indonesia mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Dalam program berkenaan Fazura mempromosikan single terbaharunya berjudul Bertahan Demi Cinta yang merupakan duetbersama Fattah sebelum mereka berpisah.

Bagaimanapun percubaan Fazura menyanyikan lagu tersebut secara solo membuatkan ramai memberi komen berbentuknasihat agar aktres itu kembali memikirkan tentang kariernya dalam bidang nyanyian.Lagu Bertahan Demi Cinta sebelum ini pernah menjadi bualan hangat apabila dilancarkan selepas Fazura dan Fattah berceraitalak satu pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.Selain mempromosikan single baharu di Indonesia, Fazura turut berkongsi perasaan dia tidak menyesal hubungannyadengan Fattah berakhir dengan penceraian.Untuk rekod, Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, NurFatima Aisya berusia empat tahun.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *