Arrora Salwa sanggup ambil cuti tanpa gaji selama 4 bulan demi GV11, peluang kembali menyinar sebagai penyanyi

PENYANYI Arrora Salwa sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama empat bulan daripada pekerjaannya sebagai pramugaridi Malaysia Airlines demi menyertai program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).Kata Salwa, 39, dia terlalu merindui dunia nyanyian dan tidak sabar untuk kembali beraksi di pentas besar.”Secara jujur, saya rindu sangat nak menyanyi. Dah lama tak muncul dan membuat persembahan di atas pentas yang besar

Arrora Salwa sanggup ambil cuti tanpa gaji selama 4 bulan demi GV11, peluang kembali menyinar sebagai penyanyi – Hiburan | mStar

“Jadi bila dapat tawaran untuk sertai Gegar Vaganza 11, saya rasa ini peluang yang sangat besar,” katanya kepada mStar.Menurut Salwa, keputusan untuk meninggalkan pekerjaan tetap walaupun sementara bukanlah mudah, namun dia nekadmembuat keputusan itu demi minatnya terhadap dunia muzik.”Saya sanggup cuti tanpa gaji kerana ini peluang yang tak boleh dilepaskan,” ujarnya.Dalam pada itu, Arrora melihat program GV11 adalah peluang untuk kembali ke dunia nyanyian dan peluang untukmembuktikan kemampuannya kepada semua orang.

Dengan bimbingan guru vokal iaitu penyanyi Idayu, dia kini lebih yakin dan bersedia mengasah bakatnya yang sudahterpendam lama.”Bila saya dapat peluang ini. Kenapa tidak saya kembali semula dalam dunia nyanyian dan tunjukkan kepada semua orangapa yang saya saya mampu lakukan.”Kalau macam dulu, saya tidak tahu apa-apa. Vokal saya perlu diasah lagi.”Sekarang, Alhamdulillah, saya dapat guru yang sangat bertanggungjawab dan berdisiplin. Saya belajar dengan Idayusekarang,” katanya,

Peserta lain yang turut bertanding di GV11 ialah Liza Aziz, Ronnie Hussein, Reshmonu dan Ning Baizura.Selain itu ialah Fairuz Selamat, Illa Sabri, Nai Dinamik dan Zehra Zambri.Tiga peserta Indonesia yang menyertai GV11 ialah Dyrda Dadali, Inka Christie dan kumpulan The Lima serta YazidLovehunters dari Singapura.Pentas GV11 bakal bermula pada 24 November.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *