Dengan sekali lafaz, balu kepada penyanyi Suhaimi Saad iaitu Ina Naim sah bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada Jumaat sekitar jam 9:30 pagi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ina Naim Pernah Dikecam Tak Menangis Ketika Kematian Suhaimi – ‘Suami Meninggal Dalam Keadaan Baik, Jadi Kenapa Nak Sedih?’
Bakal suami Ina Naim sedia akad nikah
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Telur Pindang Tradisi Johor memaparkan momen pasangan itu melangsungkan pernikahan di di Kota Tinggi, Johor iaitu kampung halaman Ina dan keluarga.
Ina atau nama lengkapnya Nordiana Md Naim, 40, menerima mas kahwin berjumlah RM100.
Terdahulu, tular satu video memaparkan Khairul Rizal yang lengkap memakai busana pengantin sedang menunggu di luar rumah untuk menuju ke lokasi akad nikah.
Turut kelihatan beberapa hantaran perkahwinan yang akan dibawa dan diserahkan kepada pihak pengantin perempuan.
Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamanya menzahirkan ucapan tahniah buat Ina dan bakal suami atas masjid yang bakal dibina.
Mereka turut mendoakan agar urusan ijab dan qabul pasangan itu dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.