Aisha Retno menyifatkan tindakan pihak penganjur Kharisma Music Festival mengeluarkan kenyataan berhubungpembatalan konsert solonya sebagai tidak profesional.Jelas Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 24, berkata, dia mahu meneruskan konsert tersebut namun tidakdapat berbuat apa-apa susulan semua keputusan dibuat tanpa perbincangan dengannya.“Kalau diberi peluang saya nak lakukan konsert itu namun keputusan sudah dibuat dan tidak boleh buat apa.
“Mereka tidak mahu berbincang. Saya rasa penganjur kurang profesional dengan mengeluarkan kenyataan sebelum initentang konsert.“Sepatutnya perlu buat pengumuman umum terlebih dahulu dan maklumkan pada saya supaya saya tahu apa sedangberlaku,” katanya.Aisha meluahkan perkara itu menerusi hantaran di Instagramnya pada malam Ahad.Berkongsi lanjut, Aisha berkata, pembatalan konsert itu memberi kesan besar buat karier seninya selepas terpaksa menolakbeberapa tawaran kerja.
“Konsert ini beri kesan besar buat saya termasuk tidak boleh mengambil tawarqn kerja sehingga tarikh konsert sebab itusalah satu syarat.“Kerugian itu saya perlu tanggung sehingga ada beberapa kerja saya perlu tarik diri disebabkan tarikh itu sebelum konsert.“Saya juga tidak tahu apa-apa status tentang konsert ini sejak beberapa bulan lepas,” jelasnya.Dalam pada itu, kata Aisha, setiap urusan berkaitan penganjuran konsert sepatutnya menjadi tanggungjawab pihak penganjurdan bukan meletakkan segala kesalahan di atas bahunya.
Aisha mendedahkan tidak menerima sebarang kontrak daripada Kharisma Music Festival berhubung konsert tersebut danmenyifatkan apa berlaku sebagai penindasan terhadapnya.“Sepengetahuan saya sepatutnya tugas perancangan kewangan dan pemasaran sepatutnya tugas penganjur tetapi merekalemparkan tugas-tugas itu kepada saya dan saya tak rasa ia sepatutnya jadi begitu untuk penganjuran konsert.“Apabila keluar kenyataan sebegitu, seolah-olah mereka salahkan saya tentang jualan tiket dan status konsert itu,” jelasnya.Pada Sabtu, pihak penganjur mengumumkan konsert Aisha Retno Malam Sutera yang dijadualkan berlangsung pada 16November ini di Zepp, Kuala Lumpur dibatalkan kerana jualan tiket rendah.