PELAKON Nadia Brian mendedahkan di platform Threads yang dia sudah penat menjadi pilihan kedua dalam perhubungan dan masih mencari cinta sejati sehingga kini.
Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 33, ketika ditemui berkata perkongsiannya itu hanyalah luahan hati sebagai seorang wanita yang ‘single’ dan mengakui ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana individu.
“Itu luahan hati. Iyelah, sekarang ini asyik berkawan dan tidak tahu bila fasa bercinta akan datang. Sekarang ini saya masih tidak ada teman lelaki, cuma kawan-kawan sahaja. Saya tidak tahu bila nak jumpa cinta sebenar.
“Doakan yang baik-baik, saya ‘target’ mahu berkahwin sebelum saya usia 35 tahun,” katanya kepada mStar.
Sementara itu, mengulas mengenai keadaan matanya yang lebam sebelum ini, Nadia berkata ia tiada kena mengena dengan sebarang perbalahan.
“Tidak ada kena mengena kena tumbuk dengan lelaki ke apa ke. Saya masih single. Saya jatuh disebabkan terlalu penat bekerja,” ujarnya.
TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.