SELEPAS lima tahun menyepi tanpa projek baharu, pelakon Izara Aishah akhirnya bakal muncul dalam sebuah drama yangakan ditayangkan pada bulan Ramadan tahun depan.Izara atau Izara Aishah Hisham, 32, memberitahu dia berasa gugup untuk kembali ke set penggambaran drama itu nantikerana sudah lama tidak beraksi di hadapan kamera.”Saya akan jalani penggambaran bermula November ini dan drama itu akan ditayangkan pada Ramadan tahun hadapan.
“Jangan terkeluar balik makanan waktu berbuka lihat saya berlakon semula.”Dah lima tahun saya berhenti berlakon, saya rasa sedikit risau nak berlakon semula. Saya rasa macam dah tak tahuberlakon. Dulu berlakon macam batu,” katanya.Izara berkongsi perkara tersebut menerusi sesi siaran langsung di platform TikTok miliknya.Dalam pada itu, Izara memberitahu dalam drama itu nanti dia bakal bergandingan dengan barisan pelakon hebat termasukPuteri Balqis, Amir Ahnaf dan Fattah Amin.
“Dalam drama itu, Amir Ahnaf menjadi hero. Saya dan Fattah Amin sebagai hero dan heroin kedua.”Fattah Amin adik-beradik dengan Puteri Balqis. Fattah bukan suami saya dalam drama itu. Fattah sebagai abang ipar saya,”ujarnya.Sebelum ini, Izara mengambil keputusan untuk berehat seketika dari industri untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepadakeluarga.Untuk rekod, Izara mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada 17 November 2017 dan hasil perkahwinan itu merekadikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 4 tahun dan Amara Amina yang kini berusia setahun.