“Saya Harap Filem Dia Gagal”- Gauri Khan Dedah Kenapa Dia Harapkan Kegagalan Filem Shah Rukh Khan

Rasanya semua orang tahu betapa berjayanya Shah Rukh Khan sebagai seorang aktor Bollywood, sama ada di India atau pun luar negara. Bergelar sebagai aktor lebih 30 tahun, di sebalik kejayaan besarnya itu ada sosok isteri yang berharap agar salah satu filem-filemnya itu menemui kegagalan.

Nak tahu kenapa? Murai kongsikan jawapan Gauri Khan di bawah.

Kenapa Gauri Khan Berharap Filem Suaminya Gagal? 

Melihatkan kejayaan dan populariti suaminya itu, ada masanya Gauri ‘berdoa’ dan berharap agar salah satu filem suaminya itu gagal. Ini kerana ada suatu ketikanya itu dia tidak berpuas hati apabila aktor itu berpindah ke Mumbai untuk meneruskan kerjaya perfilemannya.

 

Kongsinya di sebuah wawancara, pada ketika itu dia belum lagi menyedari sepenuhnya kemasyhuran Shah Rukh Khan sebagai seorang aktor yang semakin meningkat.

Melihatkan perubahan besar itu membuatkan dia terkejut dan sukar untuk menyesuaikan diri sehingga dia berharap filem Shah Rukh Khan gagal supaya mereka sekeluarga boleh kembali ke Delhi semula.

“Saya tidak terlalu gembira apabila dia pergi ke Mumbai. Saya sebenarnya tidak tahu bila dia menjadi bintang. Ia mengejutkan saya, kali pertama berada di sini.

Gauri Khan juga mengakui bahawa dia tidak mengetahui dan menyangka setiap kejayaan filem Shah Rukh Khan. Apabila filem pertamanya, Deewana berjaya, Gauri tidak menyedari kesannya.

Gauri hanya menyedari sepenuhnya kejayaan Shah Rukh Khan selepas Dilwale. Dia mendapati peralihan pantas daripada pelakon baru kepada superstar sangat mengejutkan.

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *