Siti Nurhaliza penyanyi wanita ketiga terima Anugerah Biduan Negara 2024

PENYANYI tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza mencipta sejarah apabila menjadi wanita ketiga diberi penghormatan sebagaipenerima Anugerah Biduan Negara pada Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 yang berlangsung pada malam Rabu.Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya iaitu Khairul Firdaus Akhbar Khanpada majlis yang berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur.Selain trofi, Siti turut membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 Siti juga membawa pulang wang tunai berserta kainsongket watikah dan status sebagai Seniman Tamu.

Anugerah tersebut diberikan kepada Siti atau Siti Nurhaliza Taruddin, 45, bukan sahaja aktif dalam seni suara malah berjayamengangkat seni budaya dan warisan ke peringkat antarabangsa.Mengulas mengenai penganugerah tersebut, Siti melihat pengiktirafan tersebut bukan sekadar terhadap pencapaian kerjayaseni namun lambang penghargaan kepada semua insan seni yang sentiasa memperjuangkan keindahan budaya dan muziktanahair.Amanah dan kepercayaan ini kata Siti merupakan tanggungjawab secara peribadi untuk terus memartabatkan seni danbudaya terutama dalam bidang muzik untuk terus cemerlang dan subur mewarnai zaman.

 

“Kepada Allah SWT saya panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana dengan kurniaan bakat, saya berpeluangmemanfaatkannya untuk memberi nilai-nilai positif, inspirasi dan pengaruh yang baik.“Seni juga menghubungkan dan menyatukan kita tanpa mengira agama, bahasa, bangsa dan negara.“Justeru, saya berikrar untuk terus menggandakan usaha memberikan nilai positif dalam mengekalkan seni budaya untukterus dihormati, dijaga, dihargai kerana inilah warisan yang kita ada dan perlu dipelihara,” katanya dalam satu kenyataankepada mStar.

Selain Siti, dua penyanyi wanita yang pernah menerima anugerah sama adalah Allahyarham Puan Sri Saloma pada tahun1978 dan Allahyarham Datuk Sharifah Aini pada 2006.Manakala Allahyarham Tan Sri SM Salim menerima anugerah sama pada 2013 menjadikan hanya empat penyanyi legendayang pernah menerima pengiktirafan tertinggi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza tersenarai antara 500 Muslim berpengaruh dunia 10 tahun berturut-turutARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza berharap ada kesempatan lihat anak-anak naik pelamin, doa bertemu jodoh baikGelaran Biduan dan Biduanita Negara adalah penganugerahan kepada anak seni oleh Persatuan Penyanyi, Pemuzik danPenulis Lagu Tanah Air (PAPITA) melalui Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya.

Sementara itu, bersempena dengan penganugerah itu, Siti bakal melancarkan sebuah lagu baharu berjudul Sejarah tepatpukul 12 tengah malam, pagi Khamis.Lagu berkenaan turut mendapat sentuhan komposer terkenal Indonesia Erwin Gutawa dan Gita Gutawa dengan iringanOrkestra Simfoni Czech.

Untuk rekod, Siti yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang memulakan kerjaya dalam bidang nyanyian pada usia 16 tahunselepas mencul sebagai juara pertandingan Bintang Hiburan Minggu Ini anjuran RTM pada tahun 1995.Siti antara penyanyi yang mengangkat nama negara.

Bakat dan populariti Siti semakin menyerlah apabila beliau berjaya memenangi kategori Lagu Balada Terbaik danPersembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-11 pada 1996 menerusi lagu Jerat Percintaan.Pada tahun yang sama, Siti juga meraih Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) bagi kategori Penghibur TelevisyenPaling Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Remaja Popular dan kemenangan keseluruhan, Bintang Paling Popular.Beliau juga pernah digelar sebagai Voice of Asia selepas memenangi Grand Prix Champion di pertandingan Voice of Asia diAlmaty, Kazakhstan pada 2002.

Beliau merupakan artis Malaysia yang paling banyak menerima anugerah sehingga tercatat dalam Malaysia Book of Recordspada tahun 2001 dan kekal pemegang rekod sehingga kini.Sehingga kini, beliau telah menerima dan memenangi lebih daripada 300 anugerah tempatan dan antarabangsa.Sepanjang kariernya, Siti juga pernah menghasilkan 16 album studio, 11 album kompilasi, 10 album secara langsung, duaalbum duet dan sebuah album khas serta telah merakamkan lebih daripada 250 lagu dan single.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *